.: Mengenai Kami :.
PERSATUAN NELAYAN KEBANGSAAN (NEKMAT) telah ditubuhkan semenjak tahun 1985 dan terlibat didalam perniagaan sektor perikanan. Salah satu aktiviti perniagaan NEKMAT adalah mengeluarkan dan memasarkan produk-produk ikan terutamanya didalam produk makanan sejukbeku seperti burger ikan, burger daging, jejari ikan, bebola ikan, nuget ikan, bebola udang dan sotong serta lain-lain lagi.
Produk-produk ini diperbuat dan dipasarkan dibawah jenama "ENNA" dan "NEKMAT". Kilang NEKMAT telah memperolehi Sijil GMP (No.Siri : 00026) dan telah memperolehi Sijil HALAL (No.Siri : 008664 & 008665) dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
NEKMAT telah menerima Sijil Kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan didalam proses untuk memperolehi Sijil "HACCP".